Muharram(Imam Husein as)

Tujuan Kebangkitan Imam Husein as.

Dalam perjalanannya menuju Karbala Imam Husein AS mengungkapkan ucapan yang menggariskan pendiriannya untuk menegakkan Islam:

"Sesungguhnya dunia ini telah berubah dan mengingkari haq, kebenaran telah ditinggalkan, tidak ada lagi yang tinggal padanya melainkan semut-semut di bekas-bekas makanan. Demikiannya tandusnya kehidupan sebagai penggembala kehilangan ternakannya. Tidakkah anda melihat kebenaran dan kenapa tidak melaksanakannya? Akan tetapi kebatilan dan kejahatan mengapa tidak boleh dihentikan....untuk menggembirakna seorang beriman dalam pertemuan dengan Allah... ianya suatu kepastian. Sesungguhnya aku tidak melihat kematian dan maut yang mendatang melainkan dengan penuh kebahagiaan, hidupku bersama dengan si zalim bagaikan duri yang menikam serta api yang membakar. Sesungguhnya manusia telah menjadi hamba dunia dan agama hanya berputar di lidah-lidah mereka demikian jalan kehidupan yang dijalani oleh mereka, maka apabila mereka ditimpa dugaan lantas mereka berkata telah hampirnya kami kepada kematian."

Cinta Kepada Imam Husein AS

Hadith Rasulullah SAWA yang diriwayatkan dalam Sahih Al-Tirmidzi dari Ya'la bin Murrah menegaskan kecintaan kepada Husein AS akan mendapat cinta dari Allah SWT:
"Husein daripadaku dan aku pula daripada Husein, Allah mencintai sesiapa yang mencintai al-Husein, ...."

Rasulullah SAWA mengajak kita semua mengasihi Husein AS seperti yang dinyatakan dalam hadith yang diriwayatkan dari Barra' bin Azib:

"Aku telah melihat Rasulullah SAWA mendokong al-Husein cucundanya yang masih kecil dan meletakkan di atas pangkuannya seraya berdo'a yang bermaksud:
"Ya Allah sesungguhnya aku mengasihinya oleh itu kasihilah dia."

Dan Sesiapa yang memusuhinya telah memusuhi Allah SWT seperti maksud hadith yang dinyatakan di bawah:

"Dan sesiapa yang memusuhi kedua-duanya [Hasan AS dan Husein AS] maka ia telah memusuhi Allah, dan barang siapa memusuhi Allah maka ia akan di campakkan ke dalam api neraka mukanya akan terlempar dahulu."

Kesimpulannya, perjuangan Imam Husein AS adalah berada di jalan yang benar selaras dengan tuntutan ajaran Islam yang dibawa dan diajarkan oleh datuknya sendiri Muhammad Rasulullah SAWA.

Menangisi Kesyahidan Imam Husein AS

Rasulullah SAWA telah bersabda yang mengisyaratkan bahawa perjuangan al-Husein AS adalah seperti perjuangan beliau SAWA, yang bermaksud:

"Husein daripadaku dan aku daripada Husein Husein minni wa-ana min Husein]...."

Sabda beliau SAWA yang lain yang bermaksud:
"Jika ada orang yang meninggal dunia seperti Hamzah hendaklah ada yang menangisinya..."

Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an Surah al-Ahzab:21 yang bermaksud:

" Di dalam diri Rasulullah terdapat uswah hasanah teladan yang baik]bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta dia selalu mengingati Allah."

Tidak diragukan lagi bahawa jika ada orang yang mengingati Peristiwa Karbala dan kemudian menangisi Imam Husein AS maka orang ini telah mengikuti saranan Rasulullah SAWA.

Sabda Rasulullah SAWA yang lain bermaksud:

"Keringnya air mata [terhadap sesuatu musibah] adalah tanda dari kerasnya hati. Itulah penyakit terparah yang menimpa anak cucu Adam."

Seorang sahabat Imam Ja'afar al-Sadiq AS menemui beliau AS pada 10 Muharram. Pada ketika itu Imam Ja'afar al-Sadiq AS sedang menangis tersedu-sedu. Sahabat ini mungkin terlupa bahawa hari itu adalah Hari Asyura. Ia pun bertanya kepada Imam Ja'afar al-Sadiq AS sebab-sebab beliau AS menangis. Imam Ja'afar AS menjawab:

"Apakah engkau lupa ini adalah hari ketika datukku al-Husein dibunuh dengan kejam?  Barang siapa menjadikan hari ini sebagai hari berkabungnya, maka Allah akan menjadikan Hari Qiamat kelak sebagai hari kegembiraan dan kebahagiaannya. Di syurga ia akan tinggal dengan penuh kebahagiaan."

Hari Karbala ialah pada 10 Muharram 61H....

Imam Husein AS telah syahid pada hari Jumaat ketika berusia 57 tahun....Andakah anda mengingatinya?

Imam Ja'afar al-Sadiq AS berkata:
Maksudnya:"Setiap hari adalah Asyura, Setiap tanah adalah Karbala"